SOALAN 1 :
Pilih salah satu subjek dalam pengajaran anda di sekolah. Bina dua (2) soalan aneka pilihan bagi setiap aras dalam taksonomi objektif Bloom.
Jawapan
Terdapat enam aras dalam taksonomi Bloom. Subjek yang di pilih ialah Sains Tahun Enam
1. Aras Pengetahuan
1) Siapakah orang yang pertama menjejakkan kaki di bulan?
A. Neil Armstrong B. Ayah Pin
C. Yuri Gagarin D. Alfonso De Alburque
2)Ikan dan berudu mempunyai _______________ untuk membolehkannya bernafas di dalam air.
A. sirip B. ekor
C. insang D. bulu hidung
2. Aras Kefahaman
1) Buah kelapa mempunyai lapisan (sabut) untuk …………….
A. dijadikan kayu api
B. melindungi biji benih dari rosak sewaktu jatuh dari pokoknya
C. menyebarkan biji benih jauh dari pokok induk
D. memastikan buahnya digemari oleh ramai orang
2) Ali sedang duduk di bawah sebatang pokok kelapa. Tiba-tiba sebiji buah kelapa jatuh ke bawah dan menimpa kepala Ali. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
A. Buah kelapa jatuh ke bawah kerana daya tarikan graviti.
B. Buah kelapa jatuh ke bawah kerana Ali bernasib malang
C. Buah kelapa jatuh ke bawah kerana Ali tidak memakai topi keledar
D. Buah kelapa jatuh ke bawah kerana Ali berniat ingin mencuri kelapa
3. Aras Aplikasi
1)
Antara haiwan berikut, yang manakah terlibat di dalam proses metamorfosis di atas?
A. Ulat gonggok B. Katak
C. Ayam Katik D. Lalat
2) Sehelai tuala mampu menyerap 30 sentimeter padu air..Berapa helai tuala yang perlu digunakan untuk menyerap 75 sentimeter padu air.
- 2 helai tuala B) 2 ½ helai tuala
C) 3 helai tuala D) 4 helai tuala
4. Aras Analisis
1) Rajah di bawah menunjukkan haiwan yang dikelaskan kepada dua kumpulan.
Antara berikut, yang manakah mewakili X dan Y dengan betul?
X | Y |
A. ayam | Seladang |
B. Singa | Rusa |
C. Rusa | Singa |
D. Seladang | Ayam |
2) Sebuah kapal berlabuh di pelabuhan ketika air surut. Jarak tangga tali yang tergantung dari kapal dengan aras permukaan air ialah 10 sentimeter. Manakala kadar perbezaan air pasang surut ialah 10 meter. Berapakah jarak tangga tali dengan aras permukaan air laut sewaktu air laut pasang.
A. 9 meter 90 sentimeter B. 10 meter 10 sentimeter
C. 10 meter D. 10 sentimeter
5. Aras Sintesis
1) Faktor yang menyebabkan persaingan antara tumbuhan………..
I. Cahaya matahari II. Air
III. Ruang IV. Makanan
A. I dan II B. II , III dan IV
C. II dan III D. I, II dan III
2)
Susunkan kelajuan di atas mengikut urutan dari kelajuan tinggi kepada kelajuan perlahan.
A. Z, X, U, Y B. Y, Z, X, U
C. Z, U, X, Y D. Y, X, U, Z
6. Aras Penilaian
1) Antara alatan berikut yang manakah menggunakan prinsip tuas kelas satu ?
I. Penyepit makanan III. Playar
II. Kereta Sorong IV. Papan Jonkang-Jongket
A. I dan II B. II dan IV
C. I dan III D. III dan IV
2) Rajah di bawah menunjukkan ciri proses rxz .
A. Respirasi B. Metamofisis
C. Fotosintisis D. Heomodialisis
Soalan 2
Dengan menggunakan salah satu daripada mana-mana ujian (30 soalan aneka pilihan) yang telah ditadbir dalam salah satu kelas anda di sekolah anda, sediakan matriks respon seperti contoh berikut:
Contoh untuk mengisi jadual:
Item no.l : Kunci (B) - Pelajar : (Amin), Jawapan : (D) - Pelajar : (Suria), Jawapan : (B)
Nama | No.item | 1 | 2 | 3 | 30 | ||||||
Kunci | B | ||||||||||
Amin | D | ||||||||||
Suria | B | ||||||||||
Kemudian, bagi skor ujian, berikan markah 1 kepada jawapan yang betul, dan 0 kepada jawapan yang salah atau tidak dijawab dan masukkan dalam jadual seperti di bawah:
Nama | No.item | 1 | 2 | 3 | 30 | JUMLAH | |||||||
Kunci | B | ||||||||||||
Amin | 0 | ||||||||||||
Suria | 1 | ||||||||||||
JAWAPAN
Jadual Skor Respoden
1= Jawapan Betul 0= Jawapan Salah Atau Tiada Jawapan
Soalan
- Sediakan taburan kekerapan terkumpul markah ujian.
Taburan Skor Ujian
24
20
13
20
21
26
22
22
21
21
23
21
20
19
22
8
21
21
19
22
27
25
28
20
18
Jadual Taburan Kekerapan Terkumpul Skor Ujian
Skor
Kekerapan
% Kekerapan
Kekerapan Terkumpul
% Kekerapan Terkumpul
8
1
4
1
4
13
1
4
2
8
18
1
4
3
12
19
2
8
5
20
20
4
16
9
36
21
6
24
15
60
22
4
16
19
76
23
1
4
20
80
24
1
4
21
84
25
1
4
22
88
26
1
4
23
92
27
1
4
24
96
28
1
4
25
100
25
100
Jadual di atas adalah hasil daripada analisis terhadap 30 item soalan sains yang di jawab oleh 25 responden yang terdiri dari pelajar darjah 6 SK Kuala Kurau. Berdasarkan taburan nilai skor yang diperoleh, skor tertinggi ialah 28 manakala skor yang terendah ialah 8. Sehubungan dengan itu julat skor yang diperoleh dari semua responden ialah 20 (28-8). Ini menunjukkan jumlah responden terbaik dapat menjawab dengan betul 28 dari 30 item yang telah diberikan. Secara keseluruhan lebih separuh dari jumlah pelajar dapat menjawab dengan betul sekurang-kurangya 18 dari 30 item yang diberikan.
Bilangan pelajar mendapat skor tertentu dinamakan kekerapan. Merujuk kepada jadual di atas kekerapan yang paling tinggi pada skor 21. Seramai 6 orang responden telah berjaya menjawab dengan betul 21 item dari 30 item yang di sediakan. Manakala hanya 1 responden berjaya menjawab 28 item dari 30 item dengan betul dan ini menjadikan kekerapan skor 28 ialah 1.
Kekerapan terkumpul pula merujuk kepada kekerapan yang terkumpul bagi setiap skor. Sebagai contohnya skor 21, nilai kekerapannya ialah 6, manakala nilai kekerapan terkumpul ialah 15 ( 9 +6) di mana 9 ialah nilai kekerapan terkumpul bagi skor 20.
Dengan pengiraan kekerapan terkumpul kita dapat melihat bilangan pelajar yang mendapat skor di bawah satu takat skor. Contohnya bagi skor 19 nilai skor kekerapan terkumpul ialah 5 dan ini menunjukkan seramai 5 responden yang mendapat skor 19 dan ke bawah.
- Lukis ogif bagi taburan kekerapan terkumpul markah ujian.
Ogif atau poligon kekerapan merupakan satu graf garisan yang menunjukkan taburan kekerapan.Graf ogif diplotkan pada titik skor markah yang sepadan dengan kekerapan terkumpul. Pembinaan Ogif adalah berdasarkan ruang berwarna jadual berikut.
Skor
Kekerapan
% Kekerapan
Kekerapan Terkumpul
% Kekerapan Terkumpul
8
1
4
1
4
13
1
4
2
8
18
1
4
3
12
19
2
8
5
20
20
4
16
9
36
21
6
24
15
60
22
4
16
19
76
23
1
4
20
80
24
1
4
21
84
25
1
4
22
88
26
1
4
23
92
27
1
4
24
96
28
1
4
25
100
25
100
Dalam pembinaan ogif, skor markah di letakkan pada paksi x graf bermula dari skor markah yang terendah hingga yang tertinggi. Manakala paksi y graf pula menempatkan nilai kekerapan terkumpul bermula dengan nilai 0 sehingga melebih nilai kekerapan terkumpul yang maksimum. Kemudian titik-titik yang di plotkan berdasarkan ruang berwarna jadual di atas di sambungkan untuk menghasilkan ogif. Berikut adalah ogif yang telah di hasilkan
Graf Ogif Skor Pelajar
- Pilih rnana-mana dua (2) pelajar dan dapatkan jumlah markah masing-masing. Berdasarkan ogif yang anda lukis, tentukan pangkat persentil bagi kedua-dua pelajar tersebut.
Jawapan
Pangkat persentil ialah satu skor terbitan yang mempunyai medium 50 bermula dari satu hingga 99. Oleh itu Pangkat Persentil akan menunjukkan kedudukan skor di sepanjang taburan skor.
Berikut adalah rumus Pangkat Persentil.
Pangkat Persentil = kekerapan terkumpul X 100
N
Di mana N = Bilangan Pelajar
Pengiraan Pangkat Persentil Untuk Pelajar Yang Di Pilih
- Pangkat Persentil Pelajar 3
Aziz
= 20 X 10025
= 80
- Pangkat Persentil Pelajar 16
Sabu
= 9 X 10025
= 36
Jadual Pangkat Persentil Pelajar Yang Dipilih
Pelajar
Skor
Kekerapan
Kekerapan Terkumpul
Pangkat Persentil
Aziz
23
1
20
80
Sabu
20
4
9
36
Jadual Pangkat Persentil Berdasarkan Skor
skor
Kekerapan
Kekerapan Terkumpul
Kekerapan Terkumpul
Bilangan Pelajar
Pangkat Persentil
8
1
1
0.04
4
13
1
2
0.08
8
18
1
3
0.12
12
19
2
5
0.20
20
20
4
9
0.36
36
21
6
15
0.60
60
22
4
19
0.76
76
23
1
20
0.80
80
24
1
21
0.84
84
25
1
22
0.88
88
26
1
23
0.92
92
27
1
24
0.96
96
28
1
25
1.00
100
25
Berpandukan pengiraan yang telah di buat dan Jadual Pangkat Persentil Berdasarkan Skor, kedudukan pelajar yang di pilih dapat diplotkan ke dalam graf ogif seperti rajah di muka surat berikutnya.
Kedudukan Pelajar Yang di Pilih dalam Ogif Berdasrkan Pengiraan Pangkat Persentil
- Buat tafsiran berkenaan pencapaian dua (2) pelajar tersebut.
Jawapan
Berdasarkan graf dan pengiraan, Aziz yang memiliki skor mentah sebanyak 23 memperolehi pangkat persentil ke 80. Kedudukan pangkat persentil ini menjadikan Aziz mengatasi 20 pelajar lain.
Manakala, Sabu yang memiliki skor mentah sebanyak 20 memperoleh pangkat persentil ke 36. Kedudukan pangkat persentil ini menjadikan Sabu mengatasi 9 pelajar lain.
Kesimpulannya pencapaian Aziz adalah lebih baik di bandingkan dengan Sabu kerana beliau berjaya mengatasi Sabu dari segi kedudukan pangkat persentil.. Selain itu jumlah bilangan pelajar yang di atasi oleh Aziz juga jauh lebih banyak di bandingkan dengan Sabu.
- Dengan menggunakan ogif yang anda lukis, dapatkan pangkat persentil P80 dan berikan tafsiran anda.
Jawapan
Jadual Pangkat Persentil Berdasarkan Skor
skor
Kekerapan
Kekerapan Terkumpul
Kekerapan Terkumpul
Bilangan Pelajar
Pangkat Persentil
8
1
1
0.04
4
13
1
2
0.08
8
18
1
3
0.12
12
19
2
5
0.20
20
20
4
9
0.36
36
21
6
15
0.60
60
22
4
19
0.76
76
23
1
20
0.80
80
24
1
21
0.84
84
25
1
22
0.88
88
26
1
23
0.92
92
27
1
24
0.96
96
28
1
25
1.00
100
25
Berdasarkan ogif dan jadual yang telah dilukis di dapati persentil P80 terletak pada nilai skor 23 dan nilai skor bawahnya ialah 20. Tafsiran yang boleh di buat di sini ialah seramai 20 orang responden berada di bawah pangkat persentil P80. Ini adalah bersamaan 80% dari bilangan keseluruhan responden yang di uji. Di dapati nilai ini sama dengan nilai peratus kekerapan terkumpul yang diperoleh dari jadual.
Selain daripada itu kita boleh mengetahui jumlah peningkatan bilangan kekerapan responden yang mendapat pangkat persentil yang lebih daripada P80 adalah sekata. Ini dapat dilihat pada garis lurus ogif yang terbentuk selepas pangkat persentil P80.
Kecerunan yang curam ogif pada skor mentah 18 hingga 22 menunjukkan peningkatan mendadak kekerapan yang diperoleh bagi skor tersebut.
Apabila kita mengetahui jumlah peratus responden yang berada di bawah pangkat persentil P80 maka kita boleh mengetahui juga jumlah responden yang berada di atas pangkat persentil tersebut. Peratus pelajar yang berada di atas pangkat persentil P80 ialah sebanyak 20peratus(100% - 80%) iatu bersamaan 5 responden.
- Soalan
Pilih mana-mana dua item dan hitungkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item. Berikan komen anda terhadap 2 item tersebut.
Jawapan
Item yang dipilih ialah soalan 7 dan soalan 18. Pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item di buat secara berasingan.
Item 1 : Soalan 7
.
7. Apakah ciri istimewa manusia yang ditunjukkan oleh hasil pembinaan dalam Rajah 4 ?
I Mempunyai akal yang cerdik III Mempunyai kepercayaan
II Mempunyai daya cipta yang tinggi IV Mempunyai perasaan
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
Indeks kesukaran item 1 : Soalan nombor 7
Indeks Kesukaran = p
p = Bilangan calon yang memberikan jawapan betul / Jumlah calon
Bilangan Calon Yang Menjawab dengan Betul = 3
Jumlah Semua Calon = 25
p = 3 / 25
p = 0.12
Indeks diskriminasi item 1: Soalan 7
Jumlah Semua Pelajar = 25 orang
Kumpulan Pelajar Berpencapaian Rendah = 27% pencapaian rendah dari semua pelajar
= 6.75 pelajar (7 pelajar)
Senarai Pelajar Berpencapaian Rendah (Right Lower)
Bil
Nama
Pencapaian
1
Bijan
27%
2
Jamal
43%
3
Nurhaliza
60%
4
Tantawi
63%
5
Azlina
63%
6
Rafidah
63%
7
Najib
63%
Kumpulan Pelajar Berpencapaian Sederhana = 46% pelajar
= 11.5 pelajar (11 pelajar)
Kumpulan Pelajar Berpencapaian Tinggi = 27% pencapaian tertinggi dari semua
= 6.75 pelajar (7 pelajar)
Senarai Pelajar Perpencapaian Tinggi
Bil
Nama
Pencapaian
1
Sallehuddin
93%
2
Farhan
90%
3
Anuar
87%
4
Husam
83%
5
Abdullah
80%
6
Hadi
80%
7
Aziz
77%
Analisa Jawapan Yang Pelajar Berikan Berdasarkan Kategori Pelajar
Kategori pelajar
*A
B
C
D
Jumlah
Rendah
I
1
III
3
III
3
7
Sederhana
Tinggi
II
2
II
2
III
3
7
Jumlah
2
1
5
6
14
*jawapan sebenar
RUMUS INDEKS DISKRIMINASI = ( d )( d ) = (RU-RL)
(1/2 T )
RU = Bilangan Pelajar Yang Menjawab Dengan Betul Di Kalangan Pelajar Berpencapaian
Tinggi.
RL = Bilangan Pelajar Yang Menjawab Dengan Betul Di Kalangan Pelajar Berpencapaian
Rendah.
T = Jumlah Keseluruhan Pelajar Berpencapaian Rendah Dan Berpencapaian Tinggi.
( d ) = (2 -0)
½ (7+7)
= 2/7
= 0.289
Item 2 :Soalan nombor 18
18 Seorang pelajar telah menjalankan eksperimen mengenai percambahan biji benih
kacang hijau. Dia meletakkan biji benih kacang hijau dalam empat buah tabung uji
yang berlainan keadaan. Biji benih kacang hijau dalam tabung uji yang manakah
akan bercambah ?
Indeks kesukaran item 2 : Soalan nombor 18
Indeks kesukaran = p
p = Bilangan calon yang memberikan jawapan betul / Jumlah calon
Bilangan Calon Yang Menjawab dengan Betul = 20
Jumlah Semua Calon = 25
p = 20 / 25
p = 0.8
Indeks diskriminasi item 2: Soalan 18
Jumlah Semua Pelajar = 25 orang
Kumpulan Pelajar Berpencapaian Rendah = 27% pencapaian rendah dari semua pelajar
= 6.75 pelajar (7 pelajar)
Senarai Pelajar Berpencapaian Rendah (Right Lower)
Bil
Nama
Pencapaian
1
Bijan
27%
2
Jamal
43%
3
Nurhaliza
60%
4
Tantawi
63%
5
Azlina
63%
6
Rafidah
63%
7
Najib
63%
Kumpulan Pelajar Berpencapaian Sederhana = 46% pelajar
= 11.5 pelajar (11 pelajar)
Kumpulan Pelajar Berpencapaian Tinggi = 27% pencapaian tertinggi dari semua
= 6.75 pelajar (7 pelajar)
Senarai Pelajar Perpencapaian Tinggi
Bil
Nama
Pencapaian
1
Sallehuddin
93%
2
Farhan
90%
3
Anuar
87%
4
Husam
83%
5
Abdullah
80%
6
Hadi
80%
7
Aziz
77%
Analisa Jawapan Yang Pelajar Berikan Berdasarkan Kategori Pelajar
Kategori pelajar
A
*B
C
D
Jumlah
Rendah
I
3
II
2
II
2
7
Sederhana
Tinggi
IIIIII
6
I
1
7
Jumlah
3
8
3
14
*jawapan sebenar
RUMUS INDEKS DISKRIMINASI = ( d )
( d ) = (RU-RL)
(1/2 T )
RU = Bilangan Pelajar Yang Menjawab Dengan Betul Di Kalangan Pelajar Berpencapaian
Tinggi.
RL = Bilangan Pelajar Yang Menjawab Dengan Betul Di Kalangan Pelajar Berpencapaian
Rendah.
T = Jumlah Keseluruhan Pelajar Berpencapaian Rendah Dan Berpencapaian Tinggi.
( d ) = (6 -2)
½ (7+7)
= 4/7
= 0.571
Kesimpulan daripada pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi terhadap 2 item.
Indeks Kesukaran
Untuk membuat kesimpulan hasil pengiraan indeks kesukaran bagi 2 item di atas, kita mestilah menggunakan Jadual Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item di bawah untuk di jadikan panduan
bagi menilai indeks yang diperoleh.
Nilai (p)
Pengkelasan item
0.00 – 0.20
Terlalu sukar
0.21 – 0.40
Sukar
0.41 – 0.60
Sederhana sukar
0.61 – 0.80
Mudah
0.81 – 1.00
Terlalu mudah
Jadual Aras kesukaran dan pengkelasan item
Kadar kesukaran soalan di tentukan oleh nilai (p) indeks yang diperoleh. Semakin kecil nilai(p) indeks, semakin sukar soalan tersebut. Apabila nilai p > 0.85, maka soalan itu dikatakan terlalu mudah dan apabila p < 0.15 maka soalan itu adalah amat mudah. Oleh itu julat p perlu terletak di antara 0.16 minimum dan 0.85 maksimum untuk menentukan soalan yang di bina itu berkualiti.Sebenar nilai indeks (p) dapat menggambarkan peratusan pelajar yang menjawab sesuatu item dengan betul (Wood,1960)
Hasil dari pengiraan yang di buat nilai indeks kesukaran(p) item 1 (soalan 7) ialah 0.12 manakala item 2 (soalan 18) ialah 0.80. Ini membuktikan item 1 mempunyai aras kesukaran yang tinggi. Hanya 3 pelajar dari 30 orang calon mampu menjawab dengan tepat soalan ini.Ini adalah kerana soalan yang diberikan mengandungi pilihan jawapan yang agak mengelirukan pelajar untuk membuat keputusan yang tepat.
Manakala item 2(soalan 18) pula adalah soalan yang mudah. Ini di buktikan oleh nilai indeks kesukaran yang lebih besar di bandingkan dengan item 1. Seramai 20 orang pelajar mampu menjawab dengan tepat.
Gambar rajah yang diberikan sebagai pilihan jawapan adalah terang dan jelas. Pengacau jawapan tidak berfungsi dengan baik untuk mengelirukan atau menguji kefahaman pelajar.
Kesimpulannya , kedua item yang di pilih adalah soalan yang tidak berkualiti kerana kedua-duanya tidak terletak dalam julat indeks kesukaran yang sesuai. Soalan yang terlalu senang atau terlalu susah tidak dapat mencerminkan keupayaan sebenar para pelajar. Ini adalah kerana kewujudan soalan sebegini menyebabkan semua pelajar boleh menjawab dengan betul untuk soalan yang mudah dan begitulah sebaliknya untuk soalan yang terlalu sukar. Namun begitu berdasarkan perbandingan antara dua item di atas maka di dapati item2 adalah lebih baik dari item 1.
Indeks Diskriminasi Item
Indeks Diskriminasi Item digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar. Nilai aras diskriminasi item yang di ringkaskan adalah berdasarkan jadual di bawah.
Nilai Indeks Diskriminasi
Item (d)
Penerangan
-1
Bilangan Pelajar Berpencapaian Tinggi Menjawab Soalan Dengan Tepat
Kurang Daripada
Bilangan Pelajar Berpencapaian Rendah Menjawab SoalanDengan Tepat
0
Bilangan Pelajar Berpencapaian Tinggi Menjawab Soalan Dengan Tepat
Sama Dengan
Bilangan Pelajar Berpencapaian Rendah Menjawab Soalan Dengan Tepat
+1
Bilangan Pelajar Berpencapaian Tinggi Menjawab Soalan Dengan Tepat
Lebih Daripada
Bilangan Pelajar Berpencapaian Rendah Menjawab Soalan Dengan Tepat
Berdasarkan jadual di atas secara amnya dapat dikatakan bawah nilai indeks diskrimansi item yang terletak di antara julat 0 hingga +1 adalah lebih baik di bandingkan dengan nilai yang terletak pada julat 0 hingga -1. Ini adalah kerana nilai julat di antara 0 hingga 1 menunjukkan bahawa item soalan yang dikemukakan telah menunjukkan bahawa bilangan pelajar berpencapaian tinggi menjawab soalan dengan tepat lebih daripada bilangan pelajar berpencapaian rendah menjawab soalan dengan tepat. Dengan kata lain nilai indeks diskriminasi yang menghampiri nilai 1 menunjukkan bahawa soalan tersebut adalah soalan yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma(PRN) kerana ia dapat membezakan pelajar berpencapaian tinggi daripada pelajar berpencapaian rendah. Untuk menerangkan lagi huraian tadi rujukan boleh di buat pada jadual berikut.
Nilai d
Pengkelasan item
0.00 – 0.10
Tidak baik
0.11 – 0.20
Kurang baik
0.21 – 0.30
Sederhana baik
0.31 – 0.40
Baik
0.41 – 1.00
Sangat baik
Jadual Aras Diskriminasi Dan Pengkelasan Item
Pengiraan Indeks Diskriminasi Item yang telah dibuat untuk item 1 (soalan 7) dan item 2 (soalan 18) adalah berdasarkan langkah-langkah Mehrens & Lehhmann(1991). Hasil yang di dapati ialah item 1 (soalan 7) nilai indeks diskriminasi nya bernilai 0.289. Manakala item 2 (soalan 18) pula nilainya ialah 0.571.
Berdasarkan huraian dan pengiraan yang telah di buat, kesimpulan yang diperolehi item 2 (soalan 18) adalah lebih baik daripada item 1 (soalan 7). Ini di buktikan dengan nilai indeks diskriminasi item 2 yang terletak dalam julat 0.41 hingga 1.00 dan ini membolehkan ia di kelaskan sebagai sangat baik. Item 2 ini adalah amat sesuai untuk Penilaian Perbandingan Norma. Manakala Item 1 (soalan 7) pula terletak dalam kelas sederhana baik berdasarkan nilai indeks diskriminasi item yang dimilikinya. Item 1 (soalan 7) ini masih lagi boleh digunapakai untuk Penilaian Perbandingan Norma.
Untuk perbandingan sepenuhnya rujukan adalah di buat berdasarkan jadual berikut:
Indeks Kesukaran Item
(p)
Indeks Diskriminasi Item
(d)
Item 1
(Soalan 7)
0.12
0.289
Item 2
(Soalan 18)
0.80
0.571
Berdasarkan jadual di atas di dapati semakin tinggi nilai indeks kesukaran item maka semakin tinggi juga nilai indeks diskriminasi. Ini membuktikan semakin susah soalan maka semakin baik soalan itu untuk digunakan untuk penilaian rujukan norma (PNR). Justeru oleh itu berdasarkan rajah maka di dapati bahawa item 2 adalah lebih baik dari item satu. Penilaian ini di buat atas penelitian yang telah di analisa berdasarkan indeks kesukaran item dan indek diskriminasi item.
Rujukan
Bhasah Abu Bakar. 2007. Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bhasah Abu Bakar. 2003. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum Books.
Mokhtar Ismail. 1995. Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Lampiran.
- Senarai Markah Pelajar.
- Item Kertas Soalan
Senarai Markah Pelajar
Bil
Nama
Jawapan betul
Peratus
ABDULLAH
24
80
ANUAR
26
87
AZIZ
23
77
BIJAN
8
27
FARHAN
27
90
FARRABI
20
67
HADI
22
73
HUSSEIN
21
70
HISHAMUDIN
21
70
HUSAM
25
83
JAMAL
13
43
KHAIRI
22
73
MAHATHIR
20
67
NAJIB
21
70
NIK
28
93
SABU
20
67
SALLEHUDDIN
21
70
TANTAWI
19
63
AZLINA
19
63
RAFIDAH
20
67
NORAINI
21
70
MASITHAH
21
70
AMELINA
22
73
SITI
22
73
NURHALIZA
18
60
- Senarai Markah Pelajar.
Boleh Kongsi tak Assignment ni. Tolong hantar Assignment yang telah lengkap baru betul. Buat la pahala sikit di bulan ramadhan ni.
ReplyDelete