Wednesday, July 22, 2009

Santai

Ke Kuliah......Bersantai .....Masih teraba-raba.......Mungkin otak dah berkarat....Pelbagai aksi dan strategi di rancang...janji asigment siap......hehehehe

Bahasa Inggeris

Pening kepala di buatnya......Pakai kamus cari makna perkataan......dapat makna......baca lagi....jumpa balik perkataan tadi......dah lupa pulak...tengok balik kamus.....nasib badan...orang tua kalau mengaji...memang camnie kot.....

Jangan run night udah le yob.....

Tak Faham maksud "run night"........Tanye penghulu kami......Bro Khairul.....

heheheheheheeeeeee

Tuesday, July 21, 2009

KON PENGALAMAN DALE


Ada kat bawah nie.......dah siap ubah suai....ucapkanlah terimakasih kalau anda memerlukannya.....

Monday, July 20, 2009

Mid Term Exam KDP 14 Minggu Pra Sarjana Subjek Bimbingan Kaunseling

Kemahiran Melayan

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Memberi Perhatian

a)refleksi… i.refleksi isi…. ii.refleksi pengalaman

b)Pra Perasa

c)Dorongan Minimum

Kemahiran menyoal

a)Soalan terbuka

b)Soalan tertutup

Membuat rumusan

a)Rumusan besar

b)Rumusan kecil

Teori Behevirisme

Teori Pemusatan Klien

a)Pandangan tentang manusia

b)Konsep-konsep utama

Teknik dalam kaunseling

Tahap Konsep Kaunseling

Etika Kaunselor

Jenis- Jenis Klien

Matlamat Kaunseling

Kaunseling VS Psikotraphy

Friday, July 17, 2009

Tugasan Pertama

Hak milik: Aspiyah Mahyus Ahmad

PKG KUALA KURAU

mahyuspkgkkurau@gmail.com

Konsep Asimilasi

Asimilasi ialah proses kognitif yang membolehkan individu mengintegrasi pengalaman baru dengan skema yang sedia ada. (Iaitu, melatakkan rangsangan atau pengalaman baru ke dalam skema sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa memproses rangsangan yang kian dialami dan kian bertambah. Skema adalah seperti ballon dan asimilasi ialah seumpama memasukkan angin ke dalam ballon itu. Lama kelamaan, ballon itu menjadi besar (iaitu perubahan kuantitatif sahaja) tetapi bentuknya tidak berubah (iaitu tidak ada perubahan qualitatif). Skema baru tidak dihasilkan kerana skema yang lama digunakan dan ini bermakna tidak ada perkembangan skema.


(Piaget, The origins of intelligence in intelligence, 1955)

Secara amnya asimilasi bermaksud menambah maklumat baru atau memperkaya struktur kognitif sedia ada tanpa sebarang ubah suai. Contohnya Ali nampak bas(objek) dan di beritahu itu adalah bas. Ali akan menjadikan ciri fizikal utama bas (saiz besar) sebagai skema. Justeru kerana itu apabila Ali melihat lori , Ali menamakan lori sebagai bas. Proses penyerapan maklumat tanpa sebarang pengubahsuaian atau penambahan pada skema ini dinamakan sebagai asimilasi. Oleh itu dalam proses asimilasi ini dikatakan perubahan kuantitatif(asimilasi) berlaku tetapi perubahan kualitatif (penambahan skema) tidak berlaku


Konsep Asimilasi

Skema Asal

Skema Baru

Objek

Sebutan


Saiz Besar

Tiada

Bas

Bas

Tiada

Lori

Bas

Perubahan Kauntitatif Berlaku

Perubahan Kualitatif Tidak Berlaku


Gambar rajah Konsep Asimilasi








Konsep Akomodasi

Apabila individu bertembung dengan pengalaman baru, dia cuba mengasimilasinya dengan skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya kerana tidak ada skema yang sesuai. Dia ada 2 pilihan:

a) mengubahsuai ('modification') skema sedia ada untuk

menerima pengalaman baru

b) membentuk atau mewujudkan skema BARU untuk

menerima pengalaman baru.

Kedua-dua proses ini dipanggil akomodasi dan menghasilkan perubahan kualitatif dan perkembangan skema ('development of schema').

(Piaget, The origins of intelligence in intelligence, 1955).


Pengubahsuaian skema sedia ada atau pembentukan skema baru untuk memahami maklumat baru ialah huraian untuk menerangkan konsep akomodasi. Contohnya ialah apabila bapa Ali menyedari, bahawa Ali menyebut objek bas sebagai bas dan objek lori sebagai bas maka pembetulan perlu di lakukan oleh bapanya. Skema lama(saiz besar) perlu di ubah suai atau di tambah untuk menerangkan perbezaan bas dengan lori. Penerangan di buat dengan mengatakan bas mempunyai saiz yang besar dan membawa ramai orang. Manakala skema baru untuk lori hanya perlu di tambah dengan mengatakan bahawa lori di gunakan untuk membawa banyak barang. Dari contoh di atas di dapati tidak berlaku pengubahsuaian skema asal(bersaiz besar). Penambahan skema ialah (lori bersaiz besar +membawa barang)



Konsep Akomodasi

Skema Asal

Skema Baru

Objek

Sebutan


Saiz Besar

Bawa Ramai Orang

Bas

Bas

Bawa Banyak Barang

Lori

Lori

Perubahan Kuantitatif Berlaku

Perubahan Kualitatif Berlaku


Gambar Rajah Konsep Kuantitatif





Konsep ID

It is the dark, inaccessible part of our personality, what little we know of it we have learnt from our study of the dream-work and of the construction of neurotic symptoms, and most of this is of a negative character and can be described only as a contrast to the ego. We all approach the id with analogies: we call it a chaos, a cauldron full of seething excitations... It is filled with energy reaching it from the instincts, but it has no organisation, produces no collective will, but only a striving to bring about the satisfaction of the instinctual needs subject to the observance of the pleasure principle.

(Freud, New Introductory Lectures on Psychoanalysis (1933)


Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang individu. Dalam pandangan psikoanalisis, ciri id seseorang itu sudah wujud semasa ianya dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen struktur biologi yang semulajadi, elemen yang diwarisi, elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala bawah sedar dan merupakan satu tenaga yang primitif. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan dan keseronokan. Id merupakan sumber LIBIDO. Tujuan utama id adalah bagi mendapatkan kepuasan sendiri secara mendadak (immediate gratification). Itulah sebabnya id tidak mempunyai penyatuan dari segi maksud serta tidak teratur dan tidak bermoral. Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif, id merupakan penggerak psikologikal yang tidak payah di pelajari.

Dalam sudut Islam id boleh dikategorikan sebagai nafsu atau keinginan yang sememangnya wujud semenjak insan di lahirkan.Id juga boleh dinyatakan sebagai naluri keinginan semula jadi manusia yang di warisi dalam diri secara semula jadi tanpa dipelajari dari sesiapa. Sebagai contoh naluri keinginan makan apabila lapar. Seorang bayi tahu menghisap susu (naluri keinginan makan untuk menghilang lapar) untuk mengenyangkan dirinya tanpa diajar oleh sesiapa. Bayi akan menangis dalam usaha untuk memenuhi naluri nya tanpa mengira keadaan persekitarannya. Begitu juga naluri ingin kencing, ingin membuang air besar, ingin selesa dan sebagainya lagi. Di sebabkan bayi yang baru lahir cuma mempunyai id sahaja dalam komponen personaliti dirinya. Maka segala tuntutannya perlu di langsaikan oleh ibunya secara tuntas . Bayi hanya tahu memuaskan tuntutan keinginannya dan seandainya tuntutannya tidak di penuhi maka dia akan memberontak.

Kesimpulannya id wujud dalam diri setiap manusia dan haiwan dan ianya perlu dipenuhi dengan apa cara sekalipun untuk membolehkan manusia dan haiwan memperolehi kepuasan, keseronokan untuk menjamin kesinambungan kehidupan.






Konsep Ego


...The ego is that part of the id which has been modified by the direct influence of the external world ... The ego represents what may be called reason and common sense, in contrast to the id, which contains the passions ... in its relation to the id it is like a man on horseback, who has to hold in check the superior strength of the horse; with this difference, that the rider tries to do so with his own strength, while the ego uses borrowed forces


(Freud, The Ego and the Id (1923)


Ego tidak wujud semasa kelahiran manusia. Perkembangan ego adalah secara berperingkat.Komponen psikologikal ego mengutamakan realiti dan pemikiran logik. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi yang inginkan kemajuan dan bersifat boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan identifikasi nya dengan orang lain, objek didalam alam sekelilingnya.Ego berperanan sebagai alat memperkukuhkan swadaya pada tahap sedar dan memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur tingkah laku dan personaliti individu. Dari sudut pandangan Islam ego boleh dianggap sebagai akal.


Oleh sebab ia berfungsi sebagai satu konsep terapan yang disedari, identifikasi memainkan peranan yang penting semasa mengubahkan haluan tenaga psike daripada id kepada ego. Antara fungsi ego ialah ego dapat bertindak terhadap perkara yang mendatangkan kecemasan, biasanya konflik atau pertentangan antara id dengan super ego. Ego mempunyai dua cara untuk bertindak dalam keadaan kecemasan.


(1) Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta kebolehan tenaga pemikiran yang nyata atau yang sebenar. Seterusnya, ego boleh bertindak terhadap tingkah laku penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dan sosialisasi.


(2) Ego boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu-helah dengan memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran. Apabila kaedah ini bergerak dan

mengambil alih tingkah laku, keadaan ini ternyata sebagai mekanisme bela diri ego. Antara mekanisme bela diri adalah pendaman, rosotan, sublimasi.


Contoh tindakan ego adalah seperti berikut, reaksi seorang anggota polis yang ditawarkan duit suapan di waktu dia menghadapi masalah kewangan. Id akan mengambil keputusan untuk mengambil duit suapan bagi memenuhi keperluan. Manakala ego akan menolak perbuatan itu secara terangan tetapi meminta penyerahan duit suapan itusecara rahsia di tempat yang tidak diketahui umum.



Sebagai kesimpulan Ego ialah panduan peribadi manusia untuk memuaskan id diri sendiri. Panduan memuaskan ego yang di guna pakai ini hanya berdasarkan pertimbangan akal manusia itu sendiri tanpa mengguna pakai atau dipengaruhi nilai moral, logik peraturan kehidupan. Betul atau salah sesuatu tindakan itu hanya di tentukan diri sendiri dengan bertunjangkan syarat ianya dapat memenuhi kepuasan dan keperluan ego individu tersebut.




Super ego


The Super-ego works in contradiction to the id. The Super-ego strives to act in a socially appropriate manner, whereas the id just wants instant self-gratification. The Super-ego controls our sense of right and wrong and guilt. It helps us fit into society by getting us to act in socially acceptable ways.

(Dari Wikipedia)


The super-ego retains the character of the father, while the more powerful the Oedipus complex was and the more rapidly it succumbed to repression (under the influence of authority, religious teaching, schooling and reading), the stricter will be the domination of the super-ego over the ego later on — in the form of conscience or perhaps of an unconscious sense of guilt

(The Ego and the Id, 1923).

"Transference neuroses correspond to a conflict between the ego and the id; narcissistic neuroses, to a conflict between the ego and the superego; and psychoses, to one between the ego and the external world"


(Freud, "Neurosis and Psychosis" (1923)].



Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkah laku psikoanalisis. Super ego boleh digambarkan sebagai hati nurani atau 'conscience' seseorang individu. Peranan super ego adalah sebagai akar tunjang dari aspek peneguhan dan pembentukan moral yang baik. Nilai moral yang baik yang dipelajar daripada ibu dan bapa serta masyarakat sekeliling. Moral yang demikian diperolehi hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu masih kecil peringkat umurnya dan berkembang dengan penerapan moral sebagai sebati dengan hati nuraninya.


Contoh tindakan super ego adalah seperti berikut, reaksi seorang anggota polis yang ditawarkan wang suapan ketika beliau sememangnya menghadapi masalah kewangan. Penyerahan wang itu adalah secara rahsia di satu tempat yang sulit dan selamat. Super ego akan mengawal tindakan anggota polis itu dari menerima wang suapan tersebut biar pun id memerlukan dan ego mengatakan perbuatan tidak salah kerana ia selamat dan menjadi rahsia dari pengetahuan umum


Kesimpulanya super ego berfungsi mengawal ego dan id. Ia bertindak seakan-akan seperti ibu bapa seorang individu, saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi,pemikiran, emosi, perasaan, sikap, tingkah laku. Dari sudut Islam super ego boleh di tafsir sebagai iman yang menjadi pengawal kepada akal dan nafsu.Justeru kerana itu super ego wujud dan dikenali sebagai imej pengawalan tindak tanduk insan.





ujikaji

cubaaan

Wednesday, July 15, 2009

Belajar Kembali

Iksh...Sukarnya aku untuk menghadapinya

Terkenang kembali imbasan pengalaman lalu di maktab dahulu