Tuesday, November 3, 2009

Herba Malaysia. Sumbangan Guru Media SK Sri Siakap



 

Nama tempatan     :     Pokok Ati-Ati


 


Nama saintifik        :    Coleus blumei Benth


Ciri-ciri        :    Warna merah pada daun pokok ini adalah disebabkan oleh

kehadiran sejenis sebatian yang disebut sebagai Antosianin.


 

Kegunaan        :     Daun pokok ini digunakan untuk mengubati penyakit darah

tinggi dan juga luka.Kajian secara saintifik telah dijalankan

terhadap pokok ini.Pokok ini dilaporkan mengandungi minyak

pati atau minyak meruap.Darah tinggi boleh diubati secara

tradisional dengan menggunakan daun pokok ati-ati.Ambil

beberapa helai daun pokok ini dan rebus selama empat hingga

enam jam.Biar sehingga air rebusannya menjadi

pekat.Minumlah air ini setiap hari.Daun pokok ini boleh

digunakan sebagai ubat luka.Ambil beberapa helai daun yang

tua dan tumbuk sehingga lumat.pupuk hasil tumbukan ini ke

atas luka dan ulangi beberapa kali sehingga luka itu sembuh.


 


 


 


 


 


 



 


 


 


 

Nama Tempatan         :    Misai kucing

Nama Saintifik            :     Orthosiphon Arstatus Miq

Ciri-ciri                :    Daun berwarna hijau dan mempunyai bunga berwana

putih dan berbentuk seperti misai kucing.


 

Kegunaan            :     Mengubati penyakit buah pinggang dan batu karang.

Daunnya untuk merawat kencing manis.


 


 


 


 


 



 

Nama tempatan        :    Pudina

Nama saintifik            :     Peppermint , Penny royal

Ciri-ciri                :    Daun berbulu, membiak secara keratan batang dan

anak dari akar, mempunyai aroma yang kuat,

berperisa "mint" dan di tanam secara komersil.


 

Kegunaan            :    Pudina telah lama digunakan dibarat sebagai penawar untuk

penyakit seperti batuk. Ia juga digunakan sebagai teh untuk

kegunaan harian. Dalam perubatan cina pudina disifatkan

sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk. Ia biasanya

digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan

paru-paru seperti demam selesema dan permulaan demam

selesema. Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam

badan dan mengubat penyakit seperti ruam kulit . Ia juga

digunakan untuk mengurangkan tekanan.


 



 

Nama tempatan        :    Langsuyar / Pokok Sarang Burung

Nama saintifik            :     Asplenium Nidus

 Keluarga                 :     Aspleniaceae

 Nama biasa                 :     Pokok Sarang Burung

 Asal                   :     Afrika


 

Ciri-ciri                :    Daun panjang dan berkilat, membiak secara spora,

berwarna hijau, menumpang di pokok (parasit),

dan dikaitkan dengan tempat tinggal hantu.


 

Kegunaan            :    
Digunakan sebagai pokok hiasan.


 


 


 


 


 


 


 



 


 

Nama tempatan        :    Keladi

Nama saintifik            :     Colocasia esculenta (L) schott


 

Ciri-ciri                :    Batang panjang , daun berwarna hijau, berkilat ,

berbentuk bulat dan besar dan membiak secara anak

pokok.


 

Kegunaan            :    
Air rebus diminum untuk merawat masalah busung

                dan disenteri. Sesuai dijadikan pokok hiasan.


 


 


 


 


 


 


Nama tempatan        :    Pokok Setawar / Setawa

Nama saintifik            :     Costus Speciosus

Alam                :    Tumbuhan

Divisi                :    Magnoliophyta

Kelas                :    Magnoliopsida

Order                :    Lamiales
Genus                :    Cyrtandromoea

Spesies                :     C. grandis

Ciri-ciri                :     Daun pokok setawar yang tebal dan berair itu diselatupi

dengan bahan berlilin bagi memperlahankan kadar

kehilangan air. Selain itu, daunnya yang tebal dan berair itu

mampu membekalkan makanan dan air kepada anak pokok

yang bercambah pada bahagian tepi daun.


 

Kegunaan            :    
Untuk mengubati demam panas, buat tonik, batang

dan akar ditumbuk lumat sapu pada kulit beruam dan

berair.


Nama Tempatan    :    Pokok cekur manis

Nama saintifik        :     Sauropus androgynus,
mani cai (马尼菜) bahasa Cina, dan

bahasa Vietnam sebagai rau ngót.

Alam            :     Tumbuhan
Divisi            :      Magnoliophyta
Kelas            :     Magnoliopsida
Order            :     Malpighiales
Famili            :     Phyllanthaceae
Tribe            :     Phyllantheae
Subtribe        :     Flueggeinae
Genus            :     Sauropus
Spesies        :     androgynus

Asal            :     Di ASEAN.


 

Ciri-ciri        :    Pokok cekur terdiri daripada beberapa batang menegak yang

mampu mencecah ketinggian 2.5 m dan mempunyai daun bujur

gelap sepanjang 5–6 cm dan memiliki vitamin K.


 

Kegunaan        :     Terdapat bahagian pokok cekur manis yang boleh diambil

untuk dijadikan makanan. Daun cekur manis sering diambil dan

di peram / jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh

menyelerakan. Digunakan juga untuk perempuan bersalin.


Nama Tempatan        :    Selasih


 

Nama Saintifik        :    Ocimum Basilicum


 

Ciri-ciri            :    Pokok Selasih tumbuh menegak dan mempunyai

banyak cabang dibahagian atas . Ia mudah tumbuh ditempat yang lembap dan boleh dijumpai tumbuh meliar di tepi jalan. Bau selasih harum terutama dibahagian pucuknya dimana terdapat biji -biji selasih .Daun Selasih berbentul tunggal dan bertangkai pendek . Daunnya bujur panjang , melengkung keatas dan tajan dihujung . Permukaan daun kelihatan rambut halus dan tepi daunnya bergeriji kecil . Daun selasih berwarna hijau tua .Batang Selasih berwarna cokelat dan bersegi empat . Batangnya boleh bertahan lama dari daunnya .Bunga Selasih berwarna putih . tersusun secara berkelompok dan keluar dihujung pucuk . Biji selasih pula berwarna cokelat tua dan keras . Apabila direndam dalam air ia akan mengembang .


 


 

Khasiat            :    Biji selasih banyak khasiatnya . Antaranya ialah ,

apabila diminum air biji selasih yang telah kembang , ia boleh menghilangkan demam , sakit kepala , melancarkan peredaran darah , menurunkan suhu badan , melegakan masaalah pencernaan . Daunnya ditumbuk dan ditampal pada bekas gigitan ular atau serangga berbisa dan boleh menghilangkan lenguh pada sendi badan yang sakit .


Nama tempatan        :    Dukung anak

Nama Saintifik            :    Phyllanthus Niruri Linn

Ciri-ciri                :     Sejenis tumbuhan renek yang suka hidup di tanah yang

keras atau di celah-celah rekahan batu atau simen.

KEGUNAAN             :    Merawat bisa gigitan ular, membantu mengurangkan

jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai

di dalam darah. Penawar yang berkesan untuk penyakit

kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir.Akarnya (yang masih segar) digunakan untuk tujuan ini. Penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing dan asma Penggunaan Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini .Mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik
Merawat jangkitan kudis buta(scabies)dan kurap. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam dan kerengsaan.



Nama tempatan        :    Serai wangi

Nama Saintifik            :    Phyllanthus Niruri Linn

Asal                :     Selatan India, Sri Lanka, Amerika dan Afrika

Ciri-ciri                :     sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai

rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.


 

KEGUNAAN             :    Menghasilkan minyak pati.


 


 


Nama tempatan        :    Daun Sirih

Nama Saintifik            :    

Asal                :     Selatan India, Sri Lanka, Amerika dan Afrika

Ciri-ciri            :     Bau sepatnya yang khas menjadi pertanda

kehadiran daun , mengandungi zat antiseptik yang mampu

membunuh kuman. Kandungan fenol dalam sifat

antiseptiknya lima kali lebih efektif dibandingkan dengan

fenol biasa.


 

KEGUNAAN         :    Untuk mengatasi bau badan dan mulut, sariawan,

mimisan, gatal-gatal dan koreng, serta mengobati keputihan

pada wanita. Daun sirih untuk meluruhkan kentut, menghentikan batuk, mengurangi peradangan, dan menghilangkan gatal. Pada pengobatan tradisional India, daun sirih dikenal sebagai zat aromatik yang menghangatkan, bersifat antiseptik, dan bahkan meningkatkan gairah seks.


 


Nama Tempatan            :    Mengkudu

Nama Saintifik                :    Morinda Citrifolia

Ciri-ciri                    :    Bersifat daya tahan biji benihnya yang berupaya

terapung untuk tempoh masa yang lama. Pepohon mengkudu boleh mencapai ketinggian sehingga 35 kaki atau 10 meter tinggi dengan bebunga putih. Dengan sifatnya yang istimewa, iaitu berbunga sepanjang tahun, dapat menghasilkan buah yang silih berganti. Amalan Tradisi Semenjak dahulu lagi, khasiat mengkudu telah diketahui oleh masyarakat tempatan.

Kegunaan                :    Untuk ulam dan kerabu walaupun sesetengahnya

mengambil bahagian daunnya untuk kegunaan selepas bersalin, atau lebih tepat lagi sebagai awet muda.


 


 


Nama Tempatan            :    Pegaga / Tapak Kuda

Nama Saintifik                :    centella asiatica/hydocotyle asiatica    

Asal                    :     India tetapi mudah tumbuh liar di ASEAN

Ciri-ciri                    :     Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur,

agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak

melalui pecahan anak.


 

Kegunaan                :    Makanan otak kerana ia dapat mengembalikan

kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental.


 


 


 


 


 


Nama Tempatan            :    Pokok kari

Nama Saintifik                :    Murraya Koenigii

Keluarga                 :    Rutaceae.    

Alam                    :    Tumbuhan
Divisi                    :    Magnoliophyta
Kelas                    :    Magnoliopsida
Order                    :    Sapindales
Genus                    :    Murraya
Spesies                    :     M. Koeniggi

Asal                    :     India dan Sri Lanka

Ciri-ciri                    :     Pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6

meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.

Kegunaan                :    Untuk tumbuhan hiasan.


 



 

Nama Tempatan            :    Bunga raya

Nama Saintifik                :    botaninya hibiscus rosa sinensis

Keluarga                 :    Malvaceae

Asal                    :     India dan Sri Lanka


 

Ciri-ciri                    :     merupakan herba astringen dan menyediakan

vitamin c. Mengandungi musilaj polisakarid & pectin serta asid organic, glikosid sianidin ( bahan antiestrogen), dan mengandungi sejenis lendir atau mucin.


 

Kegunaan                :    yg memberikan rasa sejuk pd kerongkong dan

rongga paru-paru. Sebagai hiasan di rumah dan

taman-taman bunga.


 


Nama Tempatan            :    Bunga kertas

Nama Saintifik                :    Bougainvillea spp.

Famili                     :    Nyctaginaceae

Alam                    :    Tumbuhan
Divisi                    :    Magnoliophyta
Kelas                    :    Magnoliopsida
Order                    :    Caryophyllales
Famili                    :    Nyctaginaceae
Genus                    :     Bougainvillea

Asal                    :     Amerika Selatan

Ciri-ciri            :     Mempunyai bunga berwarna-warni yang

berkembang sepanjang tahun, bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun.


 

Kegunaan            :    Ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan

kawasan hiasan laman.


 



 

Nama Tempatan            :    Pokok Malberry / Pokok Sutera

Nama Saintifik                :    Morus Nigra

Asal                    :     


 

Ciri-ciri                    :    Buah yang masak bertukar warna hitam baru sesuai

untuk dimakan. Pokoknya perlu di pangkas selalu untuk merangsang pengeluaran tunas. Daun kasar.


 

Kegunaan                :    Sesuai untuk dimakan dan boleh dibuat jus.


 


 


 


 


 


 


 


 


Nama Tempatan            :    Pokok Serai

Nama Saintifik                :    Cymbopogen citrates

Alam                    :    Hidupan
Divisi                    :    Magnoliophyta
Kelas                    :    Liliopsida
Order                    :    Poales
Genus                    :     Cymbopogan

Asal                    :     Sri Lanka


 

Ciri-ciri                    :    Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm

dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.


 

Kegunaan                :    Mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan

untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut.